Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kereta terbabas, seorang lelaki cedera parah

7:41am 06/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 98 views Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Apin- apin, Jambatan Bayayo, Keningau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira- kira pada pukul 1.49 pagi itu, sebuah kereta jenis Proton Kancil yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri.

Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 1.56 pagi.

Walaubagaimanapun, mangsa telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.- Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan