Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta polis paling laju

polisdubai

DUBAI: Polis di sini berbangga kerana memiliki koleksi paling banyak kereta peronda mewah di dunia.

Bagaimanapun, menurut laporan terbaru dari London pasukan polis Avon dan Somerset kini mendakwa, mereka mempunyai kereta peronda paling laju. Menurut laporan akhbar The Telegraph, pasukan polis Avon dan Somerset memiliki Ariel Atom yang boleh meluncur selaju 0-62mph dalam masa 2.5 saat.

Menurut laporan itu, kereta laju itu adalah sebahagian daripada kempen untuk mengurangkan kesalahan memandu laju.

Kereta berkenaan yang berharga RM208,000 lebih laju berbanding Lamborghini Gallardo LP560-4 Polizia yang digunakan oleh polis Itali, Audi R8 GTR yang dipandu polis di Jerman mahupun Ferrari FF yang digunakan di Dubai.

Denggan menggunakan lampu aerodinamik Hella dan kelengkapan kecemasan lain, reka bentuk kereta ini adalah berdasarkan Atom 3.5R terbaru. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan