Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta melekat pada tiang, remaja selamat

KEADAAN kenderaan yang dipandu seorang remaja lelaki selepas merempuh tiang elektrik, di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kampung Pirasan, di Kota Belud. – Foto Recqueal Raimi

 

KOTA BELUD: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun bernasib baik apabila terselamat selepas kereta dipandunya merempuh tiang elektrik dan hampir terbelah dua di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kampung Pirasan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Shahrul Nizam Asri yang memandu kenderaan jenis Proton Saga hanya mengalami cedera ringan dan dikeluarkan orang awam sebelum dihantar ke hospital Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Rozain Osman, berkata sebaik menerima panggilan jam 9.38 pagi, seramai sembilan anggota berserta sebuah jentera bergegas ke lokasi.

Katanya sebaik tiba, orang awam mengatakan mangsa sudah dihantar ke hospital manakala kenderaan mangsa didapati masih melekat pada tiang elektrik di bahagian tengah.

“Pasukan bomba memeriksa kenderaan bagi memastikan tiada bahaya serta mangsa lain terlibat. Punca kejadian masih dalam siasatan manakala pihaknya menamatkan operasi pada jam 9.55 pagi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Hospital Kota Belud, berkata mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang. – Oleh Recqueal Raimi/BH Online

KEADAAN kenderaan yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas merempuh tiang elektrik, di Kilometer 2, Jalan Bypass Ranau, Kampung Pirasan, di Kota Belud. – Foto Recqueal Raimi

Komen


Berita Berkaitan