Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kereta kebal masuk sungai, tiga mati

10:18am 17/08/2016 Pak Roshan 14 views Global
KERETA kebal yang jatuh ke dalam sungai di selatan Taiwan. - AFP

KERETA kebal yang jatuh ke dalam sungai di selatan Taiwan. – AFP

Taipei: Tiga askar terbunuh apabila kereta kebal yang mereka naiki tergelincir dan jatuh ke dalam sungai ketika hujan lebat.

Kejadian berlaku selepas mereka menjalani latihan menembak di selatan Taiwan.

Kereta kebal CM11 itu membawa lima askar dan dalam perjalanan pulang ke kem di wilayah Pingtung.

Ia dilapor tergelincir dari sebuah jambatan dan jatuh dalam keadaan terbalik ke dalam Sungai Wangsha.

Pemandunya berjaya menyelamatkan diri, tetapi empat rakannya terperangkap di dalam kenderaan itu.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka dapat diselamatkan selepas dihantar ke hospital.

Kemalangan berlaku beberapa hari sebelum tentera Taiwan memulakan latihan perang tahunan menggunakan peluru hidup, juga di Pingtung. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan