Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta ditimbus dengan sampah

KEADAAN kereta yang ditimbus dengan sampah-sarap.
KEADAAN kereta yang ditimbus dengan sampah-sarap.

Zhengzhou (China): Sebuah kereta ditimbus dengan sampah selepas ia menghalang laluan untuk pekerja pembersihan membuang sampah di satu kawasan di bandar ini.

Kereta berwarna putih itu dilapor diletakkan di depan sebuah pusat pengumpulan sampah sekali gus menghalang laluan lori sampah masuk ke lokasi berkenaan.

Pekerja pusat pengumpulan sampah pada mulanya berusaha menghubungi pemilik kenderaan berkenaan, tetapi gagal.

Keadaan itu menyebabkan pekerja pusat pengumpulan berkenaan berang kerana tugas mereka tergendala.

Selepas beberapa hari kereta berkenaan tidak dialihkan, pekerja pusat pengumpulan itu bertindak membuang sampah di atas kenderaan itu.

Dalam sehari sahaja, beberapa lori sampah datang dan membuang sampah di atas kereta itu sehingga ia hampir tertimbus.

Gambar kereta berkenaan yang hampir ditimbus dan dikelilingi dengan sampah menjadi viral di laman sosial di China.

Bagaimanapun, pemilik kereta itu dilaporkan masih belum mengalihkan kenderaannya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan