Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kereta disambar minyak berapi

10:32am 18/11/2016 Pak Roshan 11 views Global
RAKAMAN video menunjukkan kereta disambar api selepas wanita terbabit menggunakan pemetik api. - Agensi

RAKAMAN video menunjukkan kereta disambar api selepas wanita terbabit menggunakan pemetik api. – Agensi

Moscow: Seorang pemandu hampir menyebabkan kebakaran besar di sebuah stesen minyak apabila menggunakan pemetik api untuk melihat ke dalam tangki minyaknya ketika mengisi petrol.

Akibat perbuatannya, kereta wanita itu disambar minyak berapi yang turut melimpah ke atas lantai stesen berkenaan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Russia itu dirakam ‘dashcam’ kereta di belakangnya.

Dalam rakaman itu, wanita terbabit dilihat mengisi minyak di Surgut, Siberia, sebelum mengeluarkan dan menyalakan pemetik api di sebelah muncung pam petrol berkenaan serta menjenguk ke dalam tangkinya.

Namun tiba-tiba api menyambar dan wanita itu yang panik cuba memadamkannya sambil mengeluarkan pam berkenaan.

Malangnya, tindakannya itu menyebabkan minyak berapi tumpah ke lantai dan menyambar bahagian belakang keretanya.

Ketika itu, pemandu kereta yang memiliki ‘dashcam’ berkenaan cepat-cepat melarikan diri menyebabkan rakaman terhenti.

Menurut pengguna media sosial, wanita itu mungkin cuba mencairkan ais yang terkumpul di atas penutup tangki minyak.

Ada juga yang menganggap dia cuba menjenguk untuk melihat sama ada tangki minyaknya sudah penuh.

Portal berita Russia, K-Inform melaporkan wanita itu tidak cedera namun cat keretanya rosak teruk.

Rakaman itu sebenarnya diambil pada 2013 tetapi dimuat naik ke YouTube pada Januari lalu dan dilihat 7.5 juta orang.

Bagaimanapun, ia muncul semula minggu ini selepas dimuat naik sekali lagi ke media sosial. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan