Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta diheret keretapi sejauh 200m, seorang maut dan seorang cedera parah

Kenderaan diheret sejauh 200 meter dari tempat kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah keretapi di lintasan keretapi berhadapan Tugu Peringatan Petagas. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta mereka dilanggar keretapi ketika menunggu giliran keluar daripada simpang lintasan keretapi, Tugu Peringatan Petagas di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Daniel Safuan Omar, 22 yang duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan manakala pemandu, Mohd Amir Khairi Abdul Ghani, 20 masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1.

Kereta mangsa tersadai atas landasan selepas diheret 200 meter dari simpang Tugu Peringatan. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Daniel meninggal dunia akibat kecederaannya lebih kurang dua jam selepas dihantar ke hospital.

Menurut saksi, kejadian berlaku semasa hujan renyai-renyai lebih kurang jam 1 petang.

Daniel Shafwan Omar meninggal dunia akibat kecederaan. Gambar SNT/Sumber

Abdul Karim Abdul Ghani, 64, berkata seperti biasa dia mendengar loceng amaran menandakan keretapi akan melalui lintasan tersebut tetapi apabila dia menoleh ke arah simpang itu dia ternampak sebuah kereta Proton Preve berada tepat di tengah-tengah landasan.

Abdul Karim. Gambar SNT/ Mohd Adam Arinin

“Mungkin dengan cermin tertutup dan penghawa dingin dipasang mereka tidak mendengar loceng tersebut,” kata Abdul Karim dari Kampung Peringatan dan bekerja menjual cendol di kawasan itu.

Menurutnya, dia tidak sanggup melihat selepas terjadi perlanggaran itu dan hanya apabila dia mendongak kepala dia melihat kereta yang remuk itu tersadai atas landasan selepas diheret 200 meter.

Abdul Karim berkata dia memang kenal kedua-dua mangsa kerana mereka juga tinggal dekat Kampung Peringatan.

“Apa yang menjadi tanda-tanya adalah palang penghadang kenderaan di lintasan keretapi itu kadang-kala tidak berfungsi,” katanya.

Mangsa sedang dikeluarkan oleh anggota bomba. Gambar SNT/Media sosial

Abdul Karim berkata, dia pernah mengalami keadaan cemas apabila terperangkap atas landasan walaupun keretapi sudah hampir disebabkan palang tidak berfungsi.

“Mujur ketika itu saya sempat maju kehadapan,” katanya.

Salah seorang mangsa diletakkan di atas stretcher untuk dibawa ke hospital.Gambar SNT/Sosial Media

Bagi penumpang-penumpang keretapi yang bertolak dari Beaufort jam 11 pagi itu, mereka tidak menyedari telah berlaku kemalangan sehinggalah keretapi tersebut berhenti.

Sazali Shari. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Sazali Shari, 38 yang duduk di gerabak paling belakang berkata semasa kejadian hujan renyai-renyai dan seperti biasa keretapi akan memperlahankan kelajuan serta membunyikan siren apabila menghampiri lintasan keretapi di situ.

“Tapi kami tidak sedar sudah berlaku perlanggaran,” katanya, sambil menambah tiada penumpang keretapi yang mengalami kecederaan.

Menurut bomba, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 petang dan terus mengejarkan dua jenetera bersama 11 anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 2, Ngo Anak Avan.

Operasi selesai pada jam 1.47 petang.

Manakala itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abdul Rakman mengesahkan kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan