Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta atas bumbung

KEADAAN kereta yang terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di Durban, Afrika Selatan, kelmarin.
KEADAAN kereta yang terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di Durban, Afrika Selatan, kelmarin.

Durban, Afrika Selatan: Seorang lelaki yang nyenyak tidur terkejut apabila mendapati sebuah kereta tiba-tiba terjatuh di atas bumbung rumahnya, di sini kelmarin.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia tidur di dalam bilik sebelum terjaga apabila terdengar bunyi bising di bahagian ruang tamu rumahnya.

Apabila keluar untuk melihat apa berlaku, lelaki itu terkejut melihat sebuah kereta di atas bumbung rumahnya.

“Saya terkejut melihat kereta menembusi bumbung rumah saya dan ada seorang lelaki menjerit meminta tolong.

“Kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya terus menghubungi bomba untuk meminta bantuan,” katanya.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan