Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kereta api laju Moscow-Beijing

GAMBAR hiasan...sebuah kereta api laju China.
GAMBAR hiasan…sebuah kereta api laju China.

Beijing: China merancang kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan bandar raya ini dengan Moscow yang dijangka menelan belanja sebanyak AS$242 bilion (RM871 bilion).

Sekiranya rancangan itu menjadi kenyataan, perjalanan antara kedua-dua bandar raya itu akan mengambil masa dua hari berbanding lima hari sekarang.

Perkembangan mengenainya diumumkan oleh pihak berkuasa Beijing dalam laman webnya, semalam.

Landasan sepanjang 7,000 kilometer yang akan melalui Kazakhstan, ialah tiga kali ganda lebih panjang daripada landasan Beijing ke Guangzhou yang ketika ini menjadi landasan kereta api berkelajuan tinggi paling panjang di dunia.

Projek itu diperkenalkan Oktober tahun lalu apabila Russia dan China menandatangani memorandum persefahaman bagi hubungan kereta api berkelajuan tinggi itu.

Naib Presiden Kereta Api Russia Alexander Misharin berkata, perjalanan itu akan mengambil masa 30 jam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan