Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerani didakwa salahguna wang syarikat

5:58pm 09/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 112 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang kerani sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan salah guna wang berjumlah RM17,111 untuk kegunaan sendiri.

Chen Li Foon, 37, yang hadir di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah syarikat di Kolombong, Penampang, pada jam 8.30 pagi, di antara 11 Disember 2012 sehingga 3 Mac 2014.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh bakal dihukum dibawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah menetapkan tarikh 30 Mac depan untuk pengurusan kes dan Chen dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3,800 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan