Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerani bank ditahan

kerani bank ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga pekerja sebuah bank ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun milik penumpang Penerbangan Malaysia MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek ditahan di satu lokasi di Ampang jam 4 petang semalam.

“Suspek berusia 33 tahun ditahan jam 4 petang ini (semalam) di Ampang untuk membantu siasatan berhubung kehilangan wang lebih RM100,000 daripada empat akaun mangsa MH370.

“Dia yang bertugas sebagai kerani bank berkenaan disyaki terbabit dalam meluluskan proses pembaharuan kad pengeluaran wang automatik (ATM) akaun milik salah seorang mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, sebelum ini, wanita berkenaan diarahkan bercuti oleh pihak bank bagi membolehkan siasatan berhubung kehilangan wang itu dilakukan.

Komen


Berita Berkaitan