Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerana tudung masuk penjara

8:17pm 25/11/2015 Ann Vivien 113 views Jenayah,Tempatan

penjara

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan mulai dari tarikh tangkap oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri tujuh helai tudung dari sebuah butik.

Hashim Jurupais, 52, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan selepas mengaku salah mencuri tudung kepunyaan Uniar Mohd Terang di Kedai Image, Sabindo Plaza sekitar jam 9.45 pagi pada 16 November 2015.

Fakta kes menunjukkan tertuduh mencuri beberapa helai tudung yang digantung di hadapan kedai tersebut dan melarikan diri dengan menuruni tangga tetapi berjaya ditangkap selepas pengawal keselamatan berteriak kerana melihat perbuatannya.

Tertuduh yang dikejar dan ditangkap orang ramai turut ditumbuk serta mengalami sedikit kecederaan di bibir, kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Hashim didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Inspektor Zakariah Kirinu menjalankan pendakwaan kes.- Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan