Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerana terlelap

terbabas

GEORGETOWN : Gara-gara terlelap seorang remaja lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas sebelum dilanggar kereta di belakangnya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Queensbay Mall, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang mahu dikenali sebagai Alan, 20-an berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Teluk Kumbar.

“Saya tidak sedar bagaimana kemalangan ini boleh berlaku, apabila saya tersedar kaki saya sakit dan tidak dapat bergerak.

 

“Ketika itu saya terlelap beberapa minit dan hanya sedar selepas kereta berpusing kerana melanggar pembahagi jalan,” katanya.

Difahamkan, mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari Georgetown selepas bertemu rakannya.

Jurucakap polis berkata, keadaan di kawasan itu gelap menyebabkan pemandu yang datang dari arah sama tidak sempat mengelak kereta mangsa yang ketika itu berada di tengah jalan.

“Mangsa memandu Proton Wira, manakala pemilik kenderaan yang merempuhnya pula seorang wanita yang memandu Perodua Myvi.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana sempat keluar daripada keretanya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan