Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerana kasih, prihatin dan tersentuh, KSU penuhi janji

Zahra teruja menerima sumbangan daripada Swady sambil dioerhatikan oleh Intan(kiri).
KOTA BELUD – Mempunyai kulit yang sensitif sejak dilahirkan, Normawati Joseph, 30 bersyukur keadaannya mendapat perhatian daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Normawati gembira menerima kunjungan Sharifah Zarah pada April lepas dan menerima sumbangan dalam Program Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.
Lebih mengujakan apabila Sharifah Zarah dengan penuh kasih dan perhatian padanya, menjanjikan akan memberikan produk penjagaan untuk kulit sensitif beserta mesin jahit elektrik bagi memenuhi minat Normawati dalam jahitan.
“Sejak dilahirkan lagi memang saya mempunyai kulit sensitif, kalau kena air dan sabun dalam tempoh yang lama, kulit akan menggelupas, seluruh badan akan rasa sakit.
“Saya tidak bersekolah kerana ibu tidak benarkan, kerana risau risiko agak tinggi dengan keadaan saya begini, tambahan pula pasti cikgu tidak dapat beri perhatian pada saya,”katanya yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Tetapi, kerana minat yang mendalam dengan fesyen dan gemar melukis, Normawati meminta izin keluarganya untuk menyertai kursus jahitan yang bertempat di Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya, Kimanis.
“Seronok belajar di sana kerana semua percuma termasuk belajar dan makan, asrama juga disediakan malahan setiap bulan pelatih diberikan elaun sebanyak RM30.00.
“Lima tahun tempoh belajar dan tinggal di asrama, tahun lepas¬† saya tamat latihan. Selepas beberapa orang pelatih lagi tamat belajar, satu konvokesyen akan diadakan untuk kami dengan penerimaan sijil dan juga sebuah mesin jahit.
“Mesin yang Tan Sri janjikan ini diberi tepat pada masanya, kerana saya sudah ada pelanggan dan sudah boleh mula menerima tempahan untuk membuat baju raya,”kata Normawati gembira.
Dia sangat bersyukur kerana kedua-dua janji KSU sudah di terimanya dan berharap dengan pemberian tersebut dapat membantu mengurangkan beban keluarga.
Sementara itu, penerima seterusnya, Nur Awfiyah Zahra Mardi, 5 kelihatan gembira menerima kunjungan daripada JaPen kerana membawa pelbagai barangan yang dinantikannya.
“Sebelum ini Tan Sri datang bawakan barangan keperluan dapur, tapi selepas dia tengok keadaan kami disini dan Zahra, dia janjikan untuk bagi televisyen dan astro njoi, juga buku dan barangan permainan.
“Tan Sri harap dengan buku dan permainan ini dapat merangsang otak Zahra dan membantu perkembangan pembelajarannya.
“Selepas ini rumah saya tidak lagi sunyi sebab sudah ada televisyen, lagipun astro njoi ada sediakan program belajar, harap-harap dapat menarik minat Zahra juga,”kata ibunya, Intan dengan teruja.
Jelas Intan, sebelum ini dengan ketiadaan televisyen, kehidupan sehariannya hanya tertumpu dengan rutin biasa, memasak dan menjaga anak-anak.
“Selepas saya daftarkan Zahra di Tabika KEMAS, saya perlu menemankan dia setiap hari di sana, memandangkan tabika itu bukan khusus untuk Pendidikan Khas dan keadaan Zahra yang kurang bergaul.
“Mungkin kerana sejak kecil saya kurang benarkan dia bergaul dengan orang luar kerana antibodi yang tidak kuat dan mudah diserang selesema.
“Tambahan pula, Zahra menghidap sakit jantung, saluran pernafasan yang sempit, masalah telinga dan tidak boleh bercakap,”jelas Intan.
Menurutnya juga, kalau Zahra diserang
selesema yang teruk, hingus akan keluar melalui telinganya, sebab itu jugalah sejenis alat dipasang didalam telinga untuk membantu air yang terkurung untuk keluar.
Rentetan itu, enam bulan sekali Zahra akan menghadiri kelas terapi suara dan fisioterapi. Manakala program Unit Cara Kerja dan kelas untuk perkembangannya akan dihadiri tiga bulan sekali.
Mujur juga Zahra sudah memegang kad OKU, jadi segala perbelanjaan perubatan adalah percuma.
“Pendapatan suami sebagai tukang kebun dapat digunakan untuk sewa rumah dan makanan kami sekeluarga, pada hari cuti suami juga rajin membuat kerja sambilan.
“Duit Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M) pula saya gunakan untuk membeli stok susu dan lampin pakai buang Zahra.
“Syukurlah. Walaupun kehidupan kami sederhana tapi kami gembira. Mohon sampaikan salam pada Tan Sri, raya kami tahun ini lebih ceria dengan pemberiannya,” kata Intan tulus.
Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling berkata program yang dijalankan kali ini merupakan
kesinambungan kepada program KJK yang dijalankan sebelum ini.
“Hari ini, kita melawat semula penerima-penerima yang lepas kerana Tan Sri KSU menunaikan janjinya untuk memberi sumbangan tambahan kepada lima orang penerima di Kampung Tengkurus.
“Pada lawatan pertama tersebut, mereka telah menerima sumbangan daripada Tan Sri, dan beliau melihat sebenarnya banyak lagi yang perlu dibantu, jadi hari ini kita telah menunaikan janji-janji itu,”jelas Swady.
Menurutnya, selaku Pengarah JaPen, beliau telah mewakili Tan Sri KSU menyampaikan barangan antaranya seperti bahan bacaan, barang permainan, set televisyen beserta njoi.
“Salah seorang mereka menerima mesin jahit elektrik jenama Singer yang boleh dioperasikan dengan tangan sahaja beserta sabun berubat untuk rawatan kulit.
“Manakala tiga yang lainnya pula menerima kerusi roda, supaya dapat membantu mereka bergerak dengan lebih lancar dan diharap mereka dapat menikmati keselesaan dengan lebih baik.
“Saya tersentuh dengan riak wajah mereka yang menerima bantuan ini kerana begitu teruja dan sebenarnya berterima kasih serta minta disampaikan salam kepada Tan Sri KSU kerana telah memenuhi hajat mereka,”ujarnya.
Tambahnya, beliau mewakili JaPen turut berbangga dengan usaha ini dan turut merasakan sentuhan KJK dan program-prohram yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan diberikan kepada penerima yang sebenar.
“Ini adalah usaha menyantuni masyarakat dan seterusnya menghubung mereka yang jauh daripada pemerhatian kita.
“Program hari ini juga dibantu oleh Pegawai Pembangunan Masyarakat dan ini merupakan satu usahasama yang sangat baik dan diharap Program Menghubung dan Menyatu(CTU) diluaskan lagi di daerah-daerah lain dan dapat memenuhi lagi keperluan-keperluan masyarakat.
Turut sama dalam program tersebut, Ketua Penolong Pengarah JaPen, Wasrin Zakaria; Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara, Durahim Jaman dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud, Sharif Ahmad Shah Sh. Mundui./UNIT MAMS, PENERANGAN.
Timbokok Tangkud menerima kerusi roda.

Komen


Berita Berkaitan