Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerana cemburu isteri ditikam

7:58pm 25/11/2015 Leolerry Lajius 3979 views Jenayah,Mutakhir

KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera di bahagian ulu hati dan lengan kiri kerana ditikam oleh suaminya akibat salah sangka  pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu DSP Yong Thien Fohmangsa yang juga seorang pekerja saloon dilihat oleh saksi kejadian berlari masuk ke dalam saloon meminta bantuan kerana dikejar oleh seorang lelaki dengan membawa satu plastik warna merah.

“Berlaku pergelutan di antara mereka dan suspek telah menikam mangsa dengan plastik yang bersisi pisau menyebabkan mangsa rebah dengan kesan darah pada bahagian dada dan lengan, “katanya.

Hasil siasatan mendapati mangsa telah keluar dari rumah pada 24 November lalu kerana suspek salah faham isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Polis berjaya menahan suspek pada hari yang sama dan mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk menerima lawatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

pisau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan