Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan yakin sekolah kelolaan JHEAINS mampu kekal cemerlang

pic-52

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yakin sekolah-sekolah agama kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) mampu mencapai kecemerlangan dalam pendidikan menerusi usaha keras dan komitmen padu warga pendidik sekolah berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pencapaian cemerlang telah berjaya dibuktikan oleh pelajar sekolah agama di negeri ini iaitu dari Sekolah Rendah Agama (SRU), Sekolah Menengah Agama (SMU) dan Sekolah Tinggi Agama Malaysia (STAM) dalam peperiksaan utama.

Sehubungan itu katanya, dia sangat berharap agar warga pendidik di sekolah-sekolah tersebut meningkatkan iltizam dan komitmen bagi meneruskan tahap pencapaian serta kecemerlangan pendidikan di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, saya juga berharap budaya kreativiti dan inovasi dapat ditingkatkan dalam kalangan guru sekolah agama di negeri ini sekaligus menghasilkan pelajar-pelajar cemerlang pada masa hadapan,”  katanya ketika berucap merasmikan Hari Guru JHEAINS 2014 di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif.

Mengulas lanjut, Musa berkata, seiring dengan perkembangan semasa, peranan guru kini semakin mencabar kerana mereka bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai pembimbing tetapi juga bertindak sebagai rakan kepada pelajar.

Jelasnya, pelaksanaan perkara itu menuntut para guru berpandangan jauh dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovasi tinggi bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

Pendekatan seumpama itu berupaya menarik pelajar melihat sekolah sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan sekali gus bereksperimen dengan pemikiran dalam subjek yang dipelajari.

“Guru merupakan insan yang bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu kepada masyarakat. Hakikat ini menuntut semua guru menyedari tanggungjawab masing-masing dan sentiasa menjaga nama baik profesion perguruan,” katanya.

Musa turut meluahkan perasaan bangga beliau terhadap warga pendidik di sekolah-sekolah JHEAINS yang dilihat telah banyak memberi sumbangan besar terhadap usaha dakwah dan tarbiah Islamiah di negeri ini.

Komen


Berita Berkaitan