Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan yakin penggunaan Biodiesel B7

Persembahan marhaban dan qasidah sempena Program Malam Cinta Allah SWT dan Cinta Rasul SAW di Dewan Masjid Al-Munir, Darau.
Persembahan marhaban dan qasidah sempena Program Malam Cinta Allah SWT dan Cinta Rasul SAW di Dewan Masjid Al-Munir, Darau.

MENGGATAL – Kerajaan negeri mengalu-alukan penggunaan minyak sawit Biodiesel B7 yang akan digunakan di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad berkata, penggunaan minyak sawit Biodiesel B7 bersifat memelihara alam sekitar sekaligus dapat menjimatkan penggunaan kepada minyak dan gas.

“Sehubungan itu, saya berharap para peniaga dapat mengurangkan harga (barangan) memandangkan harga minyak kini telah turun. Saya juga meminta Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan agar memantau harga-harga barang yang tidak munasabah.

“Di samping itu saya menyeru agar pengguna yang mengetahui berlaku kenaikan harga, sila membuat laporan beserta resit dan gambar agar tidak tegas kepada peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Malam Cinta Allah SWT dan Cinta Rasul SAW di Dewan Masjid Al-Munir, Darau, di sini semalam.

Mengenai program itu, Jainab berkata, program keagamaan harus disemarakkan sepanjang masa untuk membantu masyarakat mengenali agama, sekaligus mengurangkan masalah sosial dalam generasi muda masa kini.

Katanya, ia bukan sahaja membantu masyarakat mengenali agama tetapi juga mengeratkan silaturahim antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat kampung dan komuniti setempat.

“Masalah sosial hari ini, kebanyakkan berpunca daripada kurangnya didikan agama, tipisnya iman dan banyak lagi. Ia menjadi lebih parah sekiranya tidak dibendung dengan ilmu agama dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri generasi muda hari ini,” ujarnya.

Beliau juga menyarankan agar pemimpin-pemimpin masyarakat di kampung dan komuniti agar giat menjalankan aktiviti seperti Tadarus Al-Quran, Marhaban, Qasidah dan kelas-kelas Fardhu Ain/Kifayah. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan