Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan wajar bina tebatan banjir di Bongawan

Bahrul (tengah) menyampaikan sumbangan CIS untuk mangsa banjir di DUN Bongawan kepada Mohamad. - foto Monica Gidong
Bahrul (tengah) menyampaikan sumbangan CIS untuk mangsa banjir di DUN Bongawan kepada Mohamad. – foto Monica Gidong

 

KOTA KINABALU – Kerajaan diminta membina projek tebatan banjir di kawasan yang sering dilanda banjir di negeri ini termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan Mohamad Alamin Beliau berkata, ia penting untuk memastikan bencana banjir yang membawa kerugian dan masalah besar dapat diatasi dengan lebih berkesan.

 

Sehubungan itu, beliau meminta semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan supaya membuat kajian secara holistik untuk mencari jalan penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk menangani masalah banjir khususnya di kawasan Bongawan.

 

“Walaupun pembinaan projek tebatan banjir memerlukan belanja yang besar namun ia hanya sekali berbanding kejadian bencana banjir yang hampir setiap tahun berlaku dan terpaksa mengeluarkan sejumlah besar peruntukan untuk memperbaiki kerosakan akibat bencana itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan sebanyak RM5,000 untuk mangsa banjir kawasan DUN Bongawan daripada Cement Industries Sabah (CIS) Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutifnya, Bahrul Razha Chuprat di Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing, di sini semalam.

 

Mohammad berkata, kajian terperinci dan menyeluruh mengenai keadaan banjir dan usaha mengatasinya juga penting untuk memastikan sama ada sungai di kawasan berkenaan perlu didalamkan dan diluruskan.

 

“Saya telah meminta pegawai daerah Papar khususnya DUN Bongawan menghantar satu cadangan yang lengkap tentang cadangan untuk Projek Tebatan Banjir,” ujarnya.

 

Mengenai sumbangan itu, beliau berkata, pihakya mengalu-alukan keprihatinan CIS sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam membantu mangsa banjir terutama di kawasan Bongawan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan