Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan usaha atasi kesesakan jalan raya

Pairin (tengah) mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Rosnah Shirlin (kanan) dan pengunjung yang datang pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Papar. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Pairin (tengah)
mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Rosnah Shirlin (kanan) dan pengunjung yang datang pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Papar. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

PAPAR – Pengguna kenderaan dari Papar, Sipitang dan Beaufort menuju ke Kota Kinabalu disaran menggunakan jalan lama di daerah ini sebagai alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberitahu, ia merupakan cara penyelesaian jangka pendek ketika ini sementara menanti kerja pembinaan jalan baharu di daerah itu siap sepenuhnya.

“Diperingkat kementerian, kita sudah cadangkan jalan ini sebagai keutamaan, terpulang kepada agensi Pusat untuk membuat keputusan.

“Bagi projek Pan Borneo yang melibatkan jalan lama dan dan baharu sebenarnya menjadi sebahagian daripada perancangan naik taraf jalan di bawah janji ditepati iaitu dari Papar-Pengalat hingga ke Lokawi,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Papar di Dewan Masyarakat Papar di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri tetamu kehormat, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalannya merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Khan Bahadar.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar menambah, pihak ingin melihat pelaksanaan projek tersebut supaya dipercepatkan kerana penggunaan jalan raya telah mencapai tahap maksimum khusus semasa musim perayaan.

Walau bagaimanapun, katanya keputusan untuk mempercepatkan pembinaan jalan raya tersebut dibuat diperingkat Pusat sama ada ia dilaksanakan awal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) atau secara berperingkat.

Mengenai pembaikan jalan raya negeri yang rosak akibat gempa bumi di Ranau, beliau menjelaskan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah menyerahkan laporan kepada kementerian yang terlibat.

“Saya difahamkan syarikat konsesi telah menjalankan kerja pembaikan, kerja-kerja awal sudah diselesaikan. Lagipun, kementerian kita bertindak sebagai agensi pelaksana, bidang kuasa oleh kementerian masing-masing,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan