Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Tingkatkan Tahap Penyertaan Wanita Dalam Politik, Ekonomi, Sosial

musa

SANDAKAN: Kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap penyertaan wanita dalam

politik, ekonomi dan sosial di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Musa berkata kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita yang merupakan rakan

kongsi strategik dalam memacu transformasi pembangunan negara.

“Dengan pelbagai dasar kerajaan yang mesra wanita, saya percaya hari ini, wanita yang mewakili

48.6 peratus daripada jumlah penduduk Sabah telah menjadi penyumbang penting kepada

pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemakmuran negara,” katanya.

Berucap pada sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sabah di sini pada Sabtu, Musa berkata

kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan bagi melonjakkan penglibatan dan penyertaan wanita

dalam pembangunan negeri. Katanya kerajaan juga menggalakkan lebih ramai kaum wanita

menceburi bidang-bidang lebih mencabar dan berkemahiran tertentu sesuai dengan keperluan

semasa.

Menurutnya, ini kerana wanita bukan sekadar perlu keluar dari kepompong yang membelenggu

fungsi dan pemikiran mereka, tetapi harus bergerak maju seiring dengan kemajuan negara.

Sehubungan itu, Musa berkata kerajaan negeri telah merancang dan melaksanakan pelbagai

program untuk pembangunan wanita menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan bersama agensi

kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan