Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN TIDAK TOLAK ANSUR SOAL KESELAMATAN SABAH

Mohd Shafie pada sidang media selepas majlis pelancaran Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. – Gambar SNT / Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu tindakan tegas diambil ke atas anasir luar yang cuba membolosi kawasan sempadan negara untuk melakukan jenayah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam soal melibatkan keselamatan negeri.

“Saya berharap langkah keselamatan dapat kita teruskan. Ingin saya tegaskan bahawa tidak ada tolak ansur dalam perkara berkaitan keselamatan di Sabah.

“Kita pasti mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak didapati melakukan kesalahan di negeri ini,” katanya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bantuan Pendidikan One-Off Yayasan Sabah di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua penjenayah yang ditembak mati oleh pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di di Pulau Bohayan, Kunak semalam.

Dua suspek yang belum dikenali identiti mereka dipercayai terlibat dengan kumpulan menculik bagi tujuan wang tebusan (KFR).

Sebelum ini, dua nelayan warga Indonesia diculik oleh sekumpulan penculik bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna dan usaha untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa masih diteruskan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia, Indonesia dan Filipina. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan