Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN TIDAK PERNAH LUPA ANGGOTA KESELAMATAN VETERAN

Ewon bergambar bersama anggota PVATM Sabah yang menghadiri mesyuarat itu. Gambar SNT/Ehsan KPLB

KOTA BELUD: Kerajaan sentiasa prihatin dengan kebajikan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan anggota keselamatan lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berkata, PVATM telah memberi banyak sumbangan dalam mempertahankan kedaulatan negara pada era konfrontasi negara jiran semasa awal penubuhan Malaysia, insiden Tanduo serta bakti lain.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan veteran wajar diberi penghargaan bukan hanya oleh pihak kerajaan tetapi juga rakyat jelata.

“Kita mampu hidup dengan aman damai kerana peranan tentera dan anggota keselamatan lain.

Ewon menerima cenderahati daripada Presiden PVATM Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor. Gambar SNT/Ehsan KPLB

“Justeru, adalah wajar bagi kerajaan termasuk rakyat terus membela kebajikan mereka sesuai dengan sumbangan besar yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan PVATM Sabah ke-37, di Dewan Masyarakat Tun Said hari ini.

Ewon yang juga Penasihat PVATM Cawangan Kota Belud turut menyampaikan sumbangan geran aktiviti tahunan sebanyak RM10,000 khusus untuk Persatuan Veteran Tentera Cawangan Kota Belud.

Katanya, sumbangan berkenaan adalah sebagai sokongan dan penghargaan khusus beliau kepada veteran tentera.

“Selagi saya menjadi Wakil Rakyat di Kadamaian, saya ingin menyumbangkan geran tersebut daripada peruntukan touchpoints ADUN,” katanya.

Ewon (kiri) bersalaman dengan anggota PVATM pada Mesyuarat Agung Perwakilan PVATM Sabah ke-37. Gambar SNT/Ehsan KPLB

Sementara itu, Ewon turut menyokong hasrat anggota PVATM agar diberi keutamaan dalam Program Bantuan Rumah (PBR) yang dilaksanakan kerajaan.

“Saya telah dimaklumkan tentang masalah di kalangan ahli-ahli veteran tentera yang memerlukan pembaikan rumah dan juga mahu memiliki rumah di bawah program perumahan rakyat.

“Sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), saya ingin membantu ahli-ahli ini terutamanya jika mereka tergolong dalam senarai e-Kasih atau perlu dimasukkan dalam senarai tersebut.

“Kerajaan negeri telahpun memutuskan bahawa satu jawatankuasa penyelarasan program perumahan rakyat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah,” jelasnya.

Tambahnya, beliau akan memaklumkan kepada Jaujan mengenai masalah dan hasrat yang dikemukakan oleh ahli-ahli PVATM tersebut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan