Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan tidak membiarkan rakyat termiskin menderita

8:52am 01/12/2015 Ann Vivien 34 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Samsudin menyampaikan sumbangan.

Samsudin menyampaikan sumbangan.

SANDAKAN: Kerajaan  tidak akan membiarkan golongan miskin hidup menderita malah akan terus menyalurkan bantuan yang diperlukan golongan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata kerajaan komited untuk memastikan proses pembangunan negara dilakukan secara adil dan saksama,  selaras dengan prinsip  sentiasa menghormati suara rakyat dan tidak akan meminggirkan atas faktor perbezaan politik.

Kerajaan BN mempunyai dana dan peruntukan yang mencukupi bagi menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut, katanya sambil menambah kemajuan yang dikecapi telah membolehkan rakyat memperoleh taraf hidup yang lebih baik sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Menurutnya, golongan yang masih sangsi dan ragu dengan kebolehan kerajaan BN  mentadbir negeri ni perlu melihat negara-negara luar yang berdepan pelbagai krisis ketika ini dalam menguruskan negara sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakannya dengan baik.

“Saya menyeru pemimpin masyarakat khusus Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Batu Sapi supaya berusaha mendekati rakyat dalam memberi kefahaman terkini mengenai matlamat dan perjuangan parti membangunkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Puteri Prihatin anjuran Puteri Umno Batu Sapi di Kampung Istimewa, Jalan Batu Sapi, Sandakan di sini .

Dalam majlis itu, Samsudin telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur san wang tunai kepada 12  penerima terdiri  daripada warga emas dan kurang upaya.

Menurut Samsudin kerajaan amat peka dengan masalah rakyat terutamanya membabitkan rakyat miskin daripada golongan sasar seperti miskin tegar.

Samsudin yang juga Ketua UMNO Batu Sapi berkata menerusi turun padang dan melihat sendiri seperti ini, rakyat lebih dekat dengan
pemimpin dan mereka lebih puas hati jika dapat bercakap secara terus dan bersemuka dengan pemimpin.

Ujar beliau, perjumpaan seperti itu akan diteruskan kerana ia lebih mudah mengetahui masalah rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.

Beliau juga meminta ketua kampung dan pemimpin masyarakat  serta ketua-ketua Umno cawangan mengenal pasti mereka yang mempunyai masalah supaya bersama-sama berbincang bagi mencari penyelesaian.

Katanya, tidak sepatutnya ada rakyat tercicir menerima bantuan kebajikan kerana mereka berhak menerimanya bagi meneruskan kehidupan.

Turut hadir sama Ketua Wanita Umno Batu Sapi, Rahimah Arsah, Ketua Puteri Umno Batu Sapi,  Hazulizq Mohd Dani serta ahli-ahli Wanita dan Puteri Umno..-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan