Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Terus Bela Pesawah Sabah- Yahya

6:13pm 22/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 98 views Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya (empat dari kanan) melawati salah satu booth pameran beras varieti tempatan.

Yahya (empat dari kanan) melawati salah satu booth pameran beras varieti tempatan.

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri menerusi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), sebuah agensi di bawah Kementerian Industri Asas Tani Malaysia akan terus membela dan memartabatkan produk pengeluaran padi varieti tempatan ke peringkat pasaran global.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima
Yahya Hussin berkata kepelbagaian varieti beras tempatan yang terdapat
di negeri ini lazimnya ditanam untuk kegunaan sendiri.

“ Kerajaan akan terus mengenalpasti dan  mempromosi varieti beras
tempatan yang mempunyai ciri-ciri istimewa serta menepati citarasa
pengguna khususnya di negeri ini setanding dengan beras bario yang
terkenal khususnya di Negeri Sarawak dan Malaysia secara amnya,”
katanya semasa berucap merasmikan Kempen Makan Beras Tempatan, di
sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata penganjuran kempen itu dapat menggalakkan
dan merancakkan lagi pengusaha menanam padi varieti tempatan dalam
skala yang lebih besar.

“Aktiviti promosi seperti ini akan meningkatkan permintaan terhadap
varieti beras tempatan dan secara tidak langsung akan menggalakkan
lagi penanaman secara besar-besaran serta meningkatkan hasil jualan
yang mana pengusaha akan dapat meraih pendapatan yang lumayan dan
boleh menjadi sumber pendapatan utama petani.

“Dengan adanya pelbagai varieti beras tempatan di negeri ini, saya
percaya dan yakin beras varieti tempatan kita juga berpotensi tinggi
untuk dikomersialkan melalui promosi serta pembungkusan yang menarik,
”katanya.

Tambahnya, pihak kerajaan telah memperkenalkan pemberian skim subsidi baja dan racun khusus bagi tanaman padi varieti tempatan yang meliputi padi bukit atau padi huma untuk memperkasa dan membela pesawah di Sabah dan Sarawak.

“Melalui skim itu diharap pesawah dapat meningkatkan hasil dari satu
tan per hektar ke dua hingga tiga tan per hektar lebih -lebih lagi harga jualan beras varieti tempatan yang mencecah lima ringgit sekilogram dan dikategorikan sebagai beras premium,” jelasnya.

Yahya juga berharap dengan penubuhan 4 buah IADA baharu iaitu di
Pekan, Rompin, Batang Lupar dan Kota Belud dengan peruntukan RM 1.2
billion bagi tempoh RMK-11 mampu meningkatkan pengeluaran padi serta
menjamin bekalan makanan negara.

“Penubuhan empat kawasan IADA akan dapat membantu Negara dalam
mencapai sasaran Tahap SaraDiri (SSL) kepada 100 peratus menjelang
tahun 2020 dan secara tidak langsung akan menurunkan import beras
negara,” ujarnya.

Tambahnya, masyarakat berpeluang mengenali dengan lebih dekat pelbagai
produk beras varieti tempatan yang setanding dengan beras import
seperti Beras Bandar, Kondipin, Sylvia, Wangi, Parai Emas, Parai Watu,
Naru Todung, Parai Manuk dan Pahu menerusi kempen tersebut.

Hadir Sama, Pengarah IADA Kota Belud, Salmah Labulla. -SayangSabah

Yahya (tengah) bersama Salmah (kanan) melakukan gimik perasmian kempen.

Yahya (tengah) bersama Salmah (kanan) melakukan gimik perasmian kempen.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan