Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan terus bayar insentif kepada pekebun kecil getah

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersama Timbalannya, Pairin Kitingan (dua kanan), Datuk Yahya Hussin (dua kiri) dan Datuk Raymond Tan (kiri) dalam Dewan Mesyuarat, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (kanan) bersama Timbalannya, Pairin Kitingan (dua kanan), Datuk Yahya Hussin (dua kiri) dan Datuk Raymond Tan (kiri) dalam Dewan Mesyuarat, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri masih lagi membayar insentif pengeluaran getah kepada pekebun kecil meskipun harga komoditi itu dipasaran antarabangsa ketika ini masih pada paras rendah.

Timbalan Ketua Menteir, Datuk Yahya Hussin berkata, ia bertujuan meringankan beban para pekebun kecil dan penoreh getah selain untuk mengurangkan perbezaan harga getah di antara Sabah dan Semenanjung.

“Harga getah pada masa ini tidak mengalami naik turun berlebihan. Harga getah SMR 20 pada 30 Jun lalu adalah RM5,530 se tan,” katanya semasa sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan Limus Jury (BN-Kuala Penyu) yang bertanyakan adakah kerajaan bercadang untuk memberi subsidi atau insentif kepada golongan penoreh pekebun kecil getah di Sabah seperti dinikmati oleh golongan nelayan berikutan penurunan harga komiditi tersebut di pasaran ketika ini.

Yahya menambah, kerajaan Persekutuan juga akan membayar insentif pengeluaran getah kepada para pekebun kecil dan penoreh getah apabila harga purata untuk SMR 20 adalah di bawah paras RM4,600 se tan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, kerajaan tidak ada cadangan untuk memberi subsidi bulanan sepertimana yang dinikmati oleh golongan nelayan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan