Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sumbang Tilam, Bantal Kepada Mangsa Kebakaran Di Tawau

10:56pm 14/04/2016 Pak Roshan 152 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

mangsa-kebakaran

TAWAU : Kerajaan hari ini menyumbangkan tilam dan bantal kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran yang mengakibatkan lebih 300 buah rumah setinggan musnah di Kampung Titingan, di sini semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Sabah Ruji Ubi kepada mangsa dalam satu majlis yang turut dihadiri Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan tersebut, Ruji berkata bantuan itu adalah sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang masing-masing menyumbangkan RM10,000.

“Sumbangan yang disalurkan melalui pejabat Pembangunan Negeri Sabah itu adalah untuk membeli pelbagai keperluan harian, saya berharap sumbangan ini dapat membantu mengurangkan beban mangsa yang terlibat,” katanya.

Lebih 3,000 penduduk hilang tempat tinggal dalam kebakaran yang berlaku di Lorong Habib Abdul Rahman, Batu 2, Jalan Apas dan Blok 10, Kampung Titingan Darat kira-kira pukul 1.30 pagi itu.

Tiada penduduk yang cedera dalam kejadian itu dan sebahagian mangsa kini ditempatkan di Masjid Habib Rahman manakala yang lain menumpang di rumah saudara-mara dan jiran berhampiran.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan