Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Sokong Pembangunan PKS Dalam Bajet 2018

Datuk Abdul Rahman Dahlan

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus menyokong pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2018.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata ini penting untuk memastikan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 41 peratus dan sumbangan kepada eksport negara sebanyak 23 peratus.

Abdul Rahman berkata PKS memainkan peranan yang penting dalam ekonomi Malaysia.

“PKS menyumbang lebih satu pertiga daripada KDNK negara bernilai RM1.2 trilion, menggaji 5.7 juta pekerja, iaitu hampir separuh daripada jumlah pekerja di negara ini, dan mewakili 98.5 peratus daripada pertubuhan perniagaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan, sumbangan PKS kepada KDNK meningkat kepada 36.6 peratus pada 2016 berbanding 36.3 peratus pada 2015.

PKS turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus, mengatasi pertumbuhan KDNK negara sebanyak 4.2 peratus pada 2016, katanya.

Ini membuktikan mereka mencatat prestasi yang baik walaupun pertumbuhan ekonomi negara perlahan, katanya.

“Pencapaian ini dapat dicapai melalui usaha PKS sendiri, termasuk ekosistem, bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya.

Bagaimanapun, sumbangan PKS kepada jumlah eksport Malaysia masih rendah iaitu 4.4 peratus, katanya, sambil menambah mereka perlu berusaha untuk pasaran eksport bagi memastikan daya maju perniagaan mereka. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan