Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN SERU SEKTOR SWASTA LIBATKAN DIRI DALAM PROJEK KERETA NASIONAL KETIGA

Darell (tiga kanan) bergambar bersama pemenang utama cabutan bertuah pada hari terbuka MAI berkenaan.Gambar SNT/Alfred Petrus

PENAMPANG: Kerajaan menyeru kepada pemain industri automotif swasta untuk melibatkan diri dalam pelaksanaan projek Kereta Nasional Ketiga negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata, sektor swasta perlu menghantar proposal atau pelan terhadap projek berkenaan.

“Segala cadangan atau proposal ini dihantar kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan lain-lain agensi di bawah kementerian termasuk Institut Automotif Malaysia (MAI).

“Seterusnya cadangan-cadangan ini akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan untuk dinilai mengikut mengikut citarasa moden dan mesra penguna.

“Tarikh tutup penghantaran proposal ini pada 15 Oktober,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Hari Terbuka MAI di sini hari ini.

Katanya, ia adalah sesuatu idea yang yang baik dan mahu negara menjadi pemain utama dalam pembuatan automotif.

“Ia juga satu projek yang baik dan kita mendapatkan idea daripada rakyat Malaysia yang mana kita kini menanti-nantikan cara Malaysia baru.

“Kita bersatu dalam satu projek bersama-sama.

“Siapa tahu perkara ini akan menjadi lebih besar dan komuniti Asean mungkin mahu melibatkan diri mereka bersama kita sebagai pemain utama,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan