Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan sentiasa utamakan rakyat- Hamisa

1:34pm 11/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Tempatan
ZIARAH...Hamisa melawat warga emas yang uzur dan oku di kawasan Dun Tanjong Batu.

ZIARAH…Hamisa melawat warga emas yang uzur dan oku di kawasan Dun Tanjong Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, terdapat beberapa masalah rakyat lambat diatasi tetapi kerajaan sentiasa mencari alternatif penyelesaian demi kepentingan penduduk.

Di luar bandar, katanya, masalah seperti ketiadaan bekalan air bersih, jalan raya dan kekurangan sumber ekonomi adalah antara yang mendapat perhatian serius kerajaan.

“Kerajaan tidak mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyalurkan kemudahan pembangunan kepada rakyat, sebaliknya memastikan semua pihak mendapat pembelaan sama rata.

“Justeru, rakyat perlu bersabar dalam menunggu pembangunan di kawasan masing-masing,” katanya pada Program Ziarah Sentuhan Kasih Kampung Tanjong Batu, kelmarin.

Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata, penduduk di Dun Tanjong Batu diminta terus memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam memastikan masa depan mereka terbela.

“Penduduk juga perlu yakin dengan kemampuan kerajaan BN dalam meningkatkan tahap kehidupan mereka dalam jangka panjang selain memastikan wujud kesinambungan dari segi pembangunan,” katanya.

Jelas beliau lagi Beliau Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung perlu proaktif membantu kerajaan membantu golongan kurang bernasib baik.

Menurutnya, usaha itu perlu diberi perhatian supaya tidak ada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin tercicir daripada menerima bantuan. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan