Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan sentiasa iktiraf peranan wanita – Azizah

Rosyam berswafoto dengan para usahawan wanita Parlimen Papar.

Beaufort : Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita menerusi pelbagai usaha mengarus perdanakan golongan tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun berkata tahun 2018
merupakan tahun yang memberi pengharapan baharu bagi wanita di mana kerajaan menerusi dasar, inisiatif dan program memfokus kepada pemerkasaan dan kesejahteraan kaum wanita.

“Tahun 2018 diumumkan sebagai Tahun Memperkasa Wanita. dan Pelaksanaan Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) ini merupakan satu bukti bahawa Kerajaan amat komited dalam mengangkat martabat wanita agar sentiasa seiring dengan arus pembangunan negara.

“Dalam melaksanakan TMW18, fokus akan diberikan kepada lima sektor utama yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara iaitu kesihatan, keselamatan, ekonomi, kebudayaan, dan pendidikan.

“Jadi, sempena dengan Tahun Memperkasa Wanita, marilah kita menanam azam, tekad dan semangat untuk menjadi wanita yang terbaik, isteri yang terbaik dan ibu yang terbaik,” jelasnya.

Beliau berucap demikian ketika berucap pada Karnival Memperkasa Wanita 2018 di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, yang dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak, pada Sabtu.

“Saya percaya dalam usaha mengarus perdanakan wanita di luar bandar, penekanan utama haruslah diberikan kepada aspek pemerkasaan ekonomi.

“Bertepatan penekanan tersebut, pengisian utama karnival ini menfokuskan kepada penglibatan wanita di dalam bidang keusahawanan,” ujar beliau.

Menurut Azizah, dengan penglibatan MDEC, para wanita diberi taklimat mengenai program perniagaan online seperti program eUsahawan dan eRezeki, peserta diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa, di samping perkongsian pengalaman oleh selebreti yang dibawakan khas oleh MDEC, Datuk Rosyam Nor.

Bersempena program berkenaan, tiga kursus singkat diadakan iaitu solekan, tatarias kuku dan urutan di bawah program pembangunan kapasiti dalam bidang keusahawanan yang dikenali sebagai Development of Women Entrepreneurs Initiative (DeWI) .

Beliau yang juga Ahli Parlimen mendedahkan sehingga Disember 2017, sebanyak 59 program telah dilaksanakan dan jumlah peserta hingga seramai 1,235 orang peserta, manakala 130 daripadanya berjaya meningkatkan 50 peratus pendapatan daripada pendapatan asal.

Tambah Azizah, karnival tersebut merupakan inisiatif PERWANI Parlimen Beaufort sebagai rakan strategik kementeriannya dengan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan, Swasta dan NGO untuk memperluaskan agenda tahun memperkasa wanita kepada wanita di luar bandar./Penerangan-

Azizah melawat pameran Jabatan Penerangan (Japen) Sabah.

Komen


Berita Berkaitan