Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Sentiasa Berusaha Lahir Modal Insan Berkualiti Tinggi – Tawfiq

tawfiqq

TAWAU– Kerajaan sentiasa berusaha melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi mengisi keperluan tenaga kerja profesional negara, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata peruntukan bernilai ratusan juta ringgit telah digunakan oleh kerajaan bagi menaik taraf keperluan pendidikan dalam negara termasuk di Sabah.

“Usaha kerajaan itu terbukti dengan adanya peruntukan bagi membina bangunan sekolah yang baharu, bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkeupayaan, naik taraf prasarana, bantuan makanan dan banyak lagi keperluan pendidikan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Graduasi Prauniversiti Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, di sini hari ini. Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming.

Tawfiq mahu pelajar menfaatkan sebaiknya segala bantuan yang diberikan kerajaan untuk memastikan sasaran menghasilkan pelajar berkualiti tinggi berjaya dicapai.

“Kita tidak mahu segala usaha kerajaan itu nanti akan sia-sia. Oleh itu para pelajar perlu mengalas tanggungjawab untuk mencapai pendidikan tertinggi agar dapat menjadi aset memajukan negara pada masa akan datang,” katanya.

Tawfiq juga meminta ibu bapa agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka.

“Walaupun hidup dalam kemiskinan, kita perlu memberi penekanan terhadap pendidikan. Pihak kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan untuk meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan, oleh itu tiada alasan untuk tidak menghantar anak masing-masing ke sekolah,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan