Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan sediakan prasarana untuk kepentingan rakyat

Jaujan (dua dari kiri) menyampaikan bantuan buku pembelajaran kepada seorang pelajar di majlis itu.
Jaujan (dua dari kiri) menyampaikan bantuan buku pembelajaran kepada seorang pelajar di majlis itu.

SEMPORNA: Rakyat di negara ini perlu bersyukur kerana kepimpinan negara telah menyediakan prasarana pendidikan yang baik untuk pembelajaran anak-anak mereka, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulabayan, Dato’ Dr. Haji Jaujan Sambakong.

Katanya, kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bukan hanya di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan mennegah, malah di peringkat universiti.

“Justeru, para pelajar dan ibu bapa jangan mensia-siakan kemudahan prasarana yang disediakan oleh Kerajaan BN itu demi masa depan generasi muda negara ini”, katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Alat-Alat Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya II dekat sini, kelmarin.

Bantuan itu adalah sumbangan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Datuk Haji Mohd.Shafie Haji Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna berupa buku, kerusi, meja tulis dan alat-alat tulis.

Dua buah sekolah menerima bantuan itu termasuk SMK Bugaya I dengan kos keseluruhan bernilai RM70 ribu. Kira-kira 300 orang pelajar masing-masing dari kedua-dua buah sekolah itu menikmati faedah daripada sumbangan tersebut.

Jaujan yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna berkata, sistem pendidikan negara ini merupakan antara yang terbaik sehingga ramai pelajar dari negara luar memilih menuntut ilmu di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat berusaha menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

“Bagi pelajar pula, mereka hendak belajar bersungguh-sungguh dengan memanfaatkan prasarana pendidikan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka”, tegasnya.

Jaujan berkata, para pelajar perlu menjadikan pendidikan dan menuntut  ilmu  yang secukupnya sebagai agenda utama dalam kehidupan demi membela nasib keluarga mereka.

Menurutnya, dengan ilmu dan pendidikan yang tinggi boleh menjamin kehidupan dan mengharungi masa depan yang mencabar.

“Kehidupan akan menjadi sia-sia apabila manusia tiada ilmu pendidikan. Ini merupakan Jihat Pendidikan”, tegasnya yang mengajar rakyat Malaysia di Semporna agar Jihat Pendidikan.

Turut hadir di majlis itu ialah pengetua sekolah, para pegawai pendidikan daerah Semporna, pemimpin daerah, ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), ibu bapa dan murid-murid.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan