Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan sedia pertimbang lebih ramai wanita terajui GLC di Sabah

Tarsiah (tengah) menyerahkan cenderahati kepada Stephen selepasmerasmikan penutupan Persidangan Kesamaan dan Keterangkuman Gender anjuran JHEWA dan MPWS. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersedia mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan lebih ramai wanita memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Sabah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri, Stephen Wong Tien Fatt berkata, beliau percaya Sabah juga memiliki ramai wanita berkebolehan dan mampu menerajui pengurusan tertinggi syarikat-syarikat GLC dalam negeri.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dua minggu lalu bagi membincangkan cadangan ini. Perkara ini sepatutnya telah dibawa dalam Kabinet baru-baru ini untuk bentangkan.

“Bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu dan disebabkan ia belum dimuktamadkan secara terperinci sebelum mesyuarat Kabinet lalu, saya tidak sempat untuk membentangkannya lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Kesamaan dan Keterangkuman Gender anjuran JHEWA dan MPWS, di sini hari ini.

Hadir sama pada persidangan itu ialah Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jannie Lasimban, dan Pengerusi MPWS, Datuk Tarsiah TZ Taman.

Stephen (tengah) dan Tarsiah merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli panel jemputan sempena majlis penutupan Persidangan Kesamaan dan Keterangkuman Gender anjuran JHEWA dan MPWS. – Gambar SNT / Sitti Nor Azizah Talata

Antara penceramah jemputan dalam persidangan adalah wakil-wakil dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara iaitu India dan Nepal.

Terdahulu dalam ucapannya, Stephen percaya isu berkaitan kesaksamaan dan keterangkuman gender perlu diletakkan sebagai salah satu agenda dalam pembangunan negeri ini.

Katanya, ini penting kerana perkara itu turut menjadi agenda utama yang diketengahkan diperingkat kerajaan Persekutuan khususnya oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu agar had umur perkahwaninan dinaikkan kepada 18 tahun ke atas.

Sementara itu, Tarsiah berkata, pihaknya berharap lebih ramai golongan profesional wanita diketengahkan sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan negeri pada masa akan datang.

Menurutnya, diperingkat kerajaan negeri penyertaan wanita sebagai pembuat dasar adalah sebanyak 10.6 peratus pada 2017 dan angka itu agak rendah berbanding jumlah diperingkat kerajaan Persekutuan iaitu 32 peratus.

“Begitupun, pada tahun ini kita telah menetapkan sasaran sekurang-kurangnya satu atau dua peratus peningkatan. Itu lebih baik daripada jika berlaku penurunan sebab kita percaya ramai wanita di Sabah yang berkebolehan dan berpendidikan dapat memainkan peranan untuk bersama-sama membangunkan negeri ini,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan