Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan sedia membantu para usahawan- Hamisa

11:35pm 03/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Tempatan
Hamisa bergambar kenangan bersama peserta kursus bekalan dan perkhidmatan di Hotel Shangri- La, disini, hari ini

Hamisa bergambar kenangan bersama peserta kursus bekalan dan perkhidmatan di Hotel Shangri- La, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Kerajaan komited dalam
membantu individu yang berminat untuk menjadi usahawan, kata Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hjh. Hamisa Samat.

Beliau berkata para usahawan perlu cekal dan tidak patah semangat sekiranya menghadapi masalah dalam perniagaan mereka serta perlu menanam minda dan keazaman untuk berdaya tahan dan berdaya saing.

“Bukan semua yang berkecimpungan dalam dunia keusahawanan akan berjaya. Ada yang kecundang di tengah jalan. Walau bagaimanapun, usahawan-usahawan tidak harus patah semangat kerana ia rencah asam garam sebelum menjadi usahawan berjaya,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penutupan kursus bekalan dan perkhidmatan di Hotel Shangri- La Bandaran Berjaya, disini, hari ini.

Hamisa yang merupakan Adun Tanjung itu berkata para usahawan perlu bijak mengambil peluang yang telah disediakan.

“Bagi mereka yang minat berniaga perlulah bijak mengintai peluang. Dan setelah mendapat pinjaman pula, haruslah komited untuk membayar semula setiap jumlah yang telah diberikan. Ini juga membolehkan kerajaan membantu lebih ramai usahawan baru yang memerlukan bantuan kewangan.

“Di samping itu, ambilah peluang yang ada, dengan menghadiri kursus-kursus pembangunan usahawan anjuran agensi-agensi kerajaan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk menambahkan lagi daya saing dan ilmu pengetahuan agar dapat memajukan perniagaan dan menembusi pasaran global. Seorang usahawan itu perlu cekal, berilmu, bersemangat, berdaya tahan dan mempunyai iltizam kukuh,” ujar beliau. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan