Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan sasar peningkatan sumbangan 25 peratus PKS pada 2020

Bolkiah (tengah) dan Noraini (kiri) pada sidang media Program Forum Pengeksport 2015 di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Bolkiah (tengah) dan Noraini (kiri) pada sidang media Program Forum Pengeksport 2015 di Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar pada masa ini, usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mengambil langkah sewajarnya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.

Justeru, selaku agensi berkaitan perdagangan nasional dan antarabangsa, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), menggesa PKS mengguna lebih banyak bahan mentah tempatan bagi menjimatkan kos pengeluaran dan mengurangkan kerugian pertukaran mata wang asing.

Pengerusi Matrade, Datuk Noraini Ahmad berkata, langkah itu perlu diambil kira oleh para pengusaha PKS dan dalam masa sama Matrade akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan daya saing pengeksport Malaysia agar berjaya diperingkat global.

“Pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-25 sebagai negara perdagangan terbesar dunia dan ke-23 sebagai negara pengeksport dunia. Jumlah perdagangan luar Malaysia pada 2014 meningkat kepada RM1.45 trilion berbanding RM1.37 trilion pada 2013.

“Lima rakan dagang utama Malaysia ialah China, mewakili 14.3 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan, Singapura (13.4 peratus), Jepun (9.5 peratus), Amerika Syarikat (8.1 peratus) dan Thailand pula 5.5 peratus,” katanya ketika berucap dalam Program Forum Pengeksport Matrade 2015, di sini hari ini.

Noraini berkata, eksport Malaysia bagi 2014 meningkat kepada RM766.13 billion berbanding RM720 billion manakalan import mengembang kepada RM683.02 billion daripada RM648.69 billion iaitu lebihan dagangan ke-17 tahun berturut-turut semenjak 1997.

Katanya, kerajaan telah menuibuhkan Majlis Eksport Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun ini untuk memastikan eskport Malaysia terus meningkat ke arah menjamin lebihan dagangan kekal positif.

Sebagai pengerusi Asean, beliau berkata, Malaysia mengambil langkah proaktif dan strategik bagi merealisasikan Komuniti Ekonomiu Asean (AEC) pada akhir tahun ini.

“Asean dengan jumlah penduduk seramai 633 juta serta kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS2.5 trilion adalah rantau yang sedang pesat berkembang dan amat dinamik bukan sahaja bagi Malaysia tetapi juga bagi rakan dagangan Asean lain,” ujarnya.

Noraini menambah, pasaran Asean akan terus menjadi tumpuan aktiviti promosi Matrade dengan 37 peratus program disasarkan bagi rantau ini dan bagi Malaysia, pasaran Asean penting keran ia menyumbang sebanyak 28 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.

Justeru, katanya, PKS digalakkan untuk memberi tumpuan eksport kepada pasaran ini bagi merebut peluang yang diwujudkan melalui pembentuan AEC.

Langkah itu sejajar dengan sasaran 25 peratus peningkatkan sumbangan PKS oleh kerajaan pada 2020 berbanding 19 peratus pada 2010. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan