Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sasar Bina 49,972 Rumah Di Sabah Menerusi Aku Janji Persekutuan

10:35pm 03/06/2016 Pak Roshan 221 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

perumahan belia

SANDAKAN : Kerajaan menyasarkan untuk membina 49,972 rumah di negeri ini menerusi Aku Janji Kerajaan Persekutuan dalam tempoh lima tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Daripada jumlah itu, sebanyak 22,359 rumah disasarkan dibina oleh Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), 8,170 unit dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan 19,443 unit dibina oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata pada masa ini, sebanyak 4,531 unit PR1MA, 1,254 unit SPNB dan 3,095 unit KPKT sedang dibina.

“SPNB juga telah menyiapkan 3,553 unit manakala KPKT menyiapkan 4,140 unit. Dalam perancangan, PR1MA akan membina 17, 828 rumah, SPNB (3,363 unit) dan KPKT (12,208 unit) di seluruh negeri ini,” katanya pada sidang media selepas melawat Projek PR1MA Borneo Cove dekat sini, hari ini.

Kurup berkata Sandakan bertuah kerana mempunyai dua kawasan pembinaan rumah PR1MA iaitu di PR1MA Borneo Cove dengan 999 unit di kawasan seluas 3.8 hektar dan bakal dilengkapi dengan dewan serbaguna, taska, tadika, taman permainan dan gelanggang futsal.

Projek itu kini sudah 23 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 2018.

Sebanyak 750 unit rumah PR1MA lagi akan dibina di Sandakan City Centre.

Beliau turut melawat Projek Taman Awam Batu 2 1/2 Sandakan yang dimulakan pembinaannya pada 2014 tetapi kerja pembangunannya terpaksa dilanjutkan.

Dalam pada itu, Kurup berkata usaha menjayakan kesemua projek Aku Janji Kerajaan Persekutuan di Sabah akan terus diberikan perhatian serius bagi memastikan semua projek dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Sasaran pelaksanaan program dan projek itu, yang dijadikan Indeks Pencapaian Utama tahun ini, membabitkan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berdasarkan Aku Janji dan inisiatif strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan