Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sarawak Hulur Bantuan Kepada Keluarga Mendiang Bernard Thien

5:58pm 18/11/2015 Pak Roshan 134 views Mutakhir,Nasional

adenan-satem1

KUCHING : Kerajaan Sarawak akan menghulurkan bantuan kepada keluarga jurutera elektrik Bernard Thien yang dilaporkan dibunuh oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Filipina beberapa hari lepas.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah akan mengunjungi keluarga mendiang tidak lama lagi.

Mendiang Thien, 39, berasal dari Sarawak.

Adenan, yang ditemui media selepas merasmikan sambutan Hari Perkhidmatan Awam peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, menyifatkan insiden itu sebagai tragik.

Beliau turut memberi peringatan kepada penduduk Sarawak supaya lebih berwaspada apabila melawat kawasan tertentu di negeri berjiran Sabah.

Singapore Straits Times menerusi berita dalam taliannya di www.straitstimes.com melaporkan Komander Petugas Bersama Kumpulan Sulu, Brig Jeneral Alan Arrojado dilaporkan sebagai berkata Bernard Then dipancung kira-kira 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf yang terpencil di pulau Jolo, Wilayah Sulu, kira-kira 1,400km ke selatan Manila.

Then diculik dari sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei tahun ini bersama-sama seorang lagi mangsa, Thien Nyuk Fu, 50.

Bagaimapun Thien dibebaskan baru-baru ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan