Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan saran lebih banyak pusat pembelajaran golongan OKU dibina

2:31pm 23/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 39 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Nasional,Tempatan
Azizah (dua kiri) memotong riben sebagai gimik perasmian merasmikan pembukaan 'Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu (PSDKK) Learning Centre', disini, hari ini.

Azizah (dua kiri) memotong riben sebagai gimik perasmian merasmikan pembukaan ‘Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu (PSDKK) Learning Centre’, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Kerajaan mahu lebih banyak pusat pembelajaran untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya kanak-kanak Sindrom Down di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanitam Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun berkata bahawa pusat latihan tersebut dapat memberikan latihan dan pendidikan kepada golongan tersebut.

“Mereka (golongan Sindrom Down) mempunyai keperluan-keperluan tertentu seperti mendapatkan latihan dan pendidikan terutamanya pendidikan awal. Oleh itu, pembinaan lebih banyak taska amat wajar bagi me,bantu golongan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan pembukaan ‘Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu (PSDKK) Learning Centre’, disini, hari ini.

Selain itu, Azizah turut menyeru kerjasama semua pihak termasuklah jabatan dan agensi di bawah Kerajaan, pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan dan masyarakat dalam memperkasakan golongan OKU.

Katanya, sistem sokongan yang bertepatan dengan keperluan golongan itu serta penerimaan masyarakat yang positif mampu memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama.

“Agenda perjuangan OKU baik daripada aspek pengupayaan mahupun pemerkasaan golongan OKU tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika kita bertepuk sebelah tangan.

“Sebaliknya, agenda tersebut merupakan satu usaha yang memerlukan kerjasama menyeluruh dan melibatkan semua pihak,”katanya.

Disamping itu, Azizah menyarankan agar semua lapisan masyarakat yang mempunyai anak-anak OKU agar berdaftar secepat mungkin.

“Pendaftaran OKU sangat penting bagi membantu kerajaan dalam merancang pemulihan, latihan, pendidikan, menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang sesuai untuk OKU,”katanya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Dr. Haron Jaffar dan Presiden PSDKK, Dr Fauziah Zainal Abidin. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan