Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan salur RM89.2 juta tingkat ekonomi pekebun kecil

Musbah Jamli (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM89.2 juta kepada Omar Hassan dalam majlis itu.
Musbah Jamli (dua dari kiri) menyampaikan replika cek RM89.2 juta kepada Omar Hassan dalam majlis itu.

KOTA BELUD – Kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM89.2 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tahun ini bagi meningkatkan ekonomi pekebun kecil di negeri ini.

Peruntukan itu disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah(KKLW) dan sejak penubuhan RISDA di Sabah pada 2010 sejumlah RM312.3 juta peruntukan telah diterima dan disalurkan kepada para pekebun kecil Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, para peserta RISDA dapat mengamalkan pertanian baik termasuk menggunakan teknologi baharu yang bersesuaian serta menggunakan bantuan kerajaan ini sebaik mungkin tanpa pembaziran.

“RISDA merupakan agensi yang menjaga komuniti pekebun kecil, namun kunci kejayaan itu adalah terletak kepada para pekebun itu sendiri, jika berusaha sungguh-sungguh tetap mendapat hasil yang lumayan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Gerakan Peningkatan Produktiviti, Peringkat Negeri Sabah, bertempat di Kampung Pituru Darat, di sini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli.

Hadir sama, ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad; Pengarah RISDA Sabah, Omar Hassan; Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Mohd. Zahari Zinin dan perwakilan pekebun kecil RISDA di seluruh negeri.

Yahya turut mengingatkan pekebun kecil supaya menggunakan segala kemudahan dan bantuan yang diterima dan sentiasa menyertai program-program yang dirancang oleh kerajaan khususnya di bawah agensi berkenaan.

Mengenai, Gerakan Peningkatan Produktiviti di peringkat negeri Yahya berkata, ia bagu memastikan pekebun kecil mengamalkan amalan pertanian baik dan seterusnya meningkatkan lagi hasil produktiviti kebun yang dilusahakan.

“Pekebun juga boleh mengamalkan dasar pertanian baik atau GAP (Good Agriculture Practices). Ia merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan produktiviti hasil getah.

“Usaha seumpama ini, membuktikan keperihatinan pihak kerajaan yang sentiasa menitik beratkan keperluan rakyat sekaligus ia membentuk komuniti luar bandar yang progresif dan sejahtera melalui pembangunan desa lestari,” jelasnya.

Katanya, terdapat empat GAP yang telah diwujudkan iaitu Pembangunan dan Penyelenggaraan Kebun, Pembajaan, Penggunaan Ransangan Lateks serta Penorehan dan Penuaian.

Menurut Yahya, amalan pertanian baik ini, amat penting ke arah mencapai keremajaan pokok empat setengah tahun dan pendapatan isi rumah pekebun kecil boleh mencapai sehingga RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020 dengan adanya kualiti dan kuantiti hasil getah yang bermutu.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan