Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,423

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah Sedia Bangunkan Lebih Banyak Prasarana Di Beluran, Telupid

10:35am 24/03/2017 Pak Roshan 382 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

BELURAN, 23 Mac : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan akan mempertimbangkan permohonan penduduk Beluran dan Telupid untuk menikmati lebih banyak kemudahan di daerah masing-masing.

Musa berkata kerajaan akan berbincang dengan pegawai-pegawai daerah berkenaan bagi penyaluran peruntukan mengikut keutamaan keperluan penduduk.

“Selain apa yang diminta, banyak pembangunan yang dilakukan dan dibawa kerajaan ke kawasan terpencil ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pemimpin bersama rakyat dan perasmian bangunan kedai Sedcovest Holding Sdn Bhd serta bangunan Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd, di sini hari ini.

Sebelum itu, Musa merasmikan bangunan urusetia Pejabat Daerah Beluran serta mendengar taklimat pembangunan daerah dan meninjau pembangunan di sekitar pekan Beluran.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Mengenai lawatannya ke daerah Beluran dan Telupid itu, Musa berkata beliau gembira dengan pembangunan di kedua-dua daerah yang menunjukkan peruntukan, baik daripada kerajaan negeri mahupun pusat, telah dimanfaatkan sebaiknya.

Sebagai contohnya, kira-kira 80 peratus kawasan Sugut akan memperoleh bekalan air dan elektrik tidak lama lagi, katanya.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 200 penerima.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda