Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah Peruntuk RM200,000 Untuk Naik Taraf Masjid At-Takwa Kota Marudu

masjid

Masjid At-Takwa Kota Marudu

Kerajaan Sabah Peruntuk RM200,000 Untuk Naik Taraf Masjid At-Takwa Kota Marudu

KOTA MARUDU, 21 Jun (Bernama) — Kerajaan Sabah meluluskan peruntukan RM200,000 untuk menaik taraf Masjid At-Takwa, Kota Marudu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

“Kita (kerajaan negeri) bersetuju untuk meluluskan peruntukan untuk tujuan menaik taraf masjid ini seperti yang diminta oleh Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu Datuk [email protected] Fikri Bahanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 1 (Kota Belud, Tuaran, Kudat, dan Kota Marudu), di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi UMNO Zon 1 Datuk Seri Hajiji Mohd Nor yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Setiausaha Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun.

Mengulas mengenai majlis itu, Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata ia dapat mengeratkan lagi silaturahim pemimpin UMNO di negeri ini, khususnya di zon berkenaan.

“Melalui majlis ini, kita dapat memperkukuhkan lagi kerjasama untuk apa sahaja yang perlu dilakukan demi kepentingan dan kejayaan parti,” katanya.

Beliau berkata majlis seumpama itu akan dianjurkan di beberapa kawasan lagi iaitu di Sandakan, Kimanis dan Kalabakan.

Terdahulu pada majlis itu, Musa turut menyampaikan sumbangan raya kepada 200 fakir miskin, warga emas, Orang Kurang Upaya dan ibu tunggal.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan