Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah Perlu Kaji Isu Keselamatan Negeri – Adun Bingkor

6:52pm 19/04/2016 Pak Roshan 52 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor)

Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor)

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah perlu mengkaji dengan lebih teliti isu keselamatan terutama di perairan negeri ini bagi mencari penyelesaian efektif dan konkrit terhadap insiden penculikan yang semakin membimbangkan.

Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) berkata langkah itu perlu untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan perairannya dan perairan antarabangsa bersempadan perairan negara.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan Kementerian Keselamatan Tanah Air Sabah merangkumi unit imigresen, pendaftaran dan keselamatan bagi membantu dan menjadi pelengkap kepada agensi keselamatan Persekutuan.

Sudah tiba masa untuk kerajaan Malaysia mengambil pendirian lebih tegas terhadap penjenayah terbabit, katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini Selasa.

Sementara itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli) berkata persefahaman dua hala antara pasukan keselamatan negara khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan Filipina dan Indonesia adalah perlu bagi menangani kes penculikan.

Katanya dengan adanya kerjasama itu, sudah tentu kumpulan penjenayah rentas sempadan akan menghadapi kesukaran untuk memintas kapal-kapal di perairan berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan