Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah hargai usaha PR1MA

MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor melawat tapak pameran Ekspo Jualan Perumahan, di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin
MENTERI Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor melawat tapak pameran Ekspo Jualan Perumahan, di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin

 

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyambut baik usaha Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang menawarkan rumah mampu dimiliki kepada rakyat dan penjawat awam di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata melalui usaha itu, rakyat berpeluang memiliki rumah yang menarik sesuai dengan kemampuan masing-masing.

Beliau sehubungan itu berharap rakyat mengambil peluang itu untuk mendaftar dan membeli rumah mampu milik ditawarkan PR1MA di beberapa daerah di negeri ini.

“Ketika ini, menerusi Jabatan Perumahan Negara, kira-kira 23,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sudah dibina di Sabah tetapi ia untuk disewa.

“Tetapi PR1MA akan membina lebih 30,000 rumah mampu milik dan ini perkembangan yang sangat baik,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Ekspo Perumahan PR1MA di Sabah Trade Centre, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Hajiji berkata, langkah proaktif kerajaan itu bukan sahaja mengurangkan masalah setinggan, malah memberi peluang kepada rakyat memiliki rumah sendiri.

Sementara itu, kebanyakan pengunjung yang ditemui berpuas hati dan tertarik dengan tawaran rumah mampu milik ditawarkan.

Pengunjung, Rahmat Apar, 30, berkata rumah yang ditawarkan di ekspo ini bukan sahaja menarik dari segi reka bentuk, malah dijual pada harga yang sangat menarik.

Katanya, semua urusan boleh diselesaikan di sini termasuk pengurusan pinjaman sama ada dari institusi kewangan atau badan berkanun kerajaan.

“Banyak rumah yang ditawarkan pada harga rendah dan mampu milik tetapi dibina di lokasi yang bernilai tinggi. Ia juga sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk pasangan baru berkahwin seperti saya,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan