Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah Faham Aspirasi Rakyat Berhubung Isu Royalti Minyak – Musa

6:40am 07/06/2014 Pak Roshan 23 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

msabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat memahami harapan dan aspirasi rakyat berhubung isu royalti minyak untuk Sabah.

Justeru beliau menegaskan kerajaan negeri sentiasa meletakkan kepentingan negeri sebagai keutamaan, khususnya dalam pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri sama ada pada majlis-majlis mahupun perjumpaan tertutup, saya seringkali menyuarakan harapan dan hasrat kerajaan negeri dan rakyat Sabah tentang isu royalti minyak.

“Inilah pendekatan kita di Sabah, di mana kita berbincang sesuatu isu melalui saluran yang betul.

“Perdana Menteri sentiasa mendengar dan telah bersetuju memberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Saya percaya Perdana Menteri akan memberi keutamaan yang sama terhadap Sabah dan Sarawak dalam apa jua isu termasuklah royalti minyak,” kata Musa dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu Jumaat.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan