Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Sabah Dicadang Jalin Kerjasama Bina Universiti Petronas

7:02pm 19/04/2016 Pak Roshan 63 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan

petronass2-600x366

KOTA KINABALU :  Anggota Dewan Undangan Negeri Inanam Dr Roland Chia mencadangkan agar kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Petronas bagi membina sebuah universiti milik syarikat itu di Sabah.

Sehubungan itu, Dr Roland berharap kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan syarikat tersebut bagi memperluas skop pembinaan menara seperti dirancang sebelum ini, yang mana, menara itu menjadi sebahagian daripada universiti.

“Kerajaan negeri boleh memberi tanah sebagai ekuiti rakan kongsi dalam pembinaan ini,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dr Roland berkata pembinaan Universiti Petronas itu kelak akan membantu kerajaan negeri melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang seterusnya diserapkan ke industri gas dan minyak.

“Usaha lebih giat perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti serta meningkatkan kemahiran modal insan Sabah,” katanya.

Dr Roland turut menyarankan kerajaan supaya mempercepat pembinaan Hospital Universiti Malaysia Sabah manakala Hospital Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar pula dibuka untuk kegunaan kakitangan kerajaan dan swasta bagi menampung keperluan kesihatan.

Sementara itu, ADUN Kuala Penyu Limus Jury meminta kerajaan membina atau menaik taraf terminal feri di Menumbok sebagai mengimbangi perkhidmatan feri yang menjadi mod pengangkutan utama penduduk Sabah ke Labuan dan sebaliknya.

Katanya langkah itu adalah selari dengan inisiatif kerajaan untuk membina feri terminal baharu di Pulau Labuan yang dipersetujui kerajaan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

Dalam pada itu, Limus turut membangkitkan pendirian kerajaan negeri mengenai cadangan pembinaan jambatan baharu menghubungkan Menumbok dan Labuan termasuk kesungguhan mereka jika cadangan itu diluluskan secara prinsip oleh kerajaan persekutuan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan