Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan rampas tanah kuil harimau

10:14am 08/07/2016 Pak Roshan 789 views Global
PEMANDANGAN di pintu masuk kuil harimau.

PEMANDANGAN di pintu masuk kuil harimau.

Bangkok: Pejabat Pemulihan Tanah Pertanian Thailand bakal mengambil semula beberapa tanah yang diceroboh secara haram Kanchanaburi termasuk sebuah kuil yang dikenali sebagai kuil harimau.

Pegawai pertanian Kanchanaburi, Wacharin Wakamanont mengesahkan sebahagian besar tanah di kuil Wat Pa Luang Ta Bowa Yannasampanno atau kuil harimau akan diambil semula kerajaan.

Tanah di kuil itu yang diambil semula kerajaan menempatkan pejabat sami yang berbentuk harimau, sebuah pagoda dalam pembinaan, asrama 200 bilik untuk pekerja dan pintu gerbang dengan hiasan kepala harimau.

Katanya, langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengarahkan pejabat itu mengambil semula tanah daripada penceroboh.

“Kerajaan sebelum ini memberi kebenaran kepada pihak kuil menggunakan tanah berkenaan untuk tujuan keagamaan.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan kuil membangunkan tanah itu untuk dijadikan zoo,” katanya.

Jabatan perlindungan haiwan pada bulan lalu menyerbu kuil berkenaan kerana dipercayai membiakkan dan memperdagangkan harimau secara haram.

Pihak berkuasa menemui sejumlah kulit harimau, daging, tulang dan bangkai anak harimau yang dibekukan ketika membuat pemeriksaan di kuil berkenaan.
– Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan