Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Pusat terus beri perhatian aspek keselamatan di Sabah

Hishammuddin (tengah_ disambut oleh ahli UMNO sejurus tiba bagi menghadiri majlis Sembang Santai bersama UMNO Bahagian Tawau dan UMNO Bahagian Kalabakan - foto Arbani Askal
Hishammuddin (tengah_ disambut oleh ahli UMNO sejurus tiba bagi menghadiri majlis Sembang Santai bersama UMNO Bahagian Tawau dan UMNO Bahagian Kalabakan – foto Arbani Askal

TAWAU – Kerajaan Persekutuan akan terus memberi perhatian terhadap aspek keselamatan khususnya  di negeri Sabah.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bahawa atas  komitmen tersebut kerajaan akan memastikan aset ketenteraan juga berada pada tahap yang memuaskan.

Katanya, ia bagi memastikan anggota keselamatan dibekalkan dengan peralatan mencukupi, sekaligus mampu menjaga keselamatan negara khasnya di kawasan sempadan negeri ini.

“Peruntukan yang besar telah disalurkan kerajaan demi memastikan aset pertahanan kita mampu menjaga keselamatan perairan Sabah daripada diceroboh pihak luar,” katanya ketika berucap dalam majlis Sembang Santai bersama UMNO Bahagian Tawau dan UMNO Bahagian Kalabakan, di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Tawau merangkap Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Pada masa yang sama, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berharap ahli UMNO dan  komponen Barisan Nasional (BN) akan terus bersatu dan bermuafakat bagi memastikan keselamatan negara akan terus terjamin.

Beliau juga meminta agar pemimpin UMNO memberikan kefahaman kepada masyarakat berhubung matlamat dan keutamaan kerajaan pada masa ini.

Katanya, negara kini berhadapan dengan pelbagai ujian beberapa tahun ini dan ia jelas sekali memberikan satu cabaran besar kepada pemimpin negara untuk menanganinya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, dalam menangani cabaran itu, rakyat harus terus berdiri teguh di belakang pemimpin terutama dalam merencanakan pelbagai pembangunan untuk masa depan negara. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan