Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Peruntukan RM85.4 juta perbaiki 17 cerun di Sabah

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kawang.
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kawang. – foto Aryan De Vera

Papar – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenalpasti sebanyak 17 cerun runtuh di beberapa buah kawasan di negeri ini untuk melaksana projek pembaikan dengan anggaran kos keseluruhan mencecah RM85.4 juta.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bahawa peruntukan itu telah diluluskan dan kerja pembaikan akan dimulakan dalam masa terdekat bagi memastikan cerun-cerun yang runtuh dapat dipulihkan segera.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu melibatkan pembaikan 15 cerun di sepanjang jalan Kota Kinabalu-Penampang-Tambunan-Tenom termasuk dua lagi di jalan Kota Kinabalu-Kudat.

“Langkah ini bagi memastikan cerun-cerun yang dikenal pasti runtuh ini dapat segera dipulihkan demi kepentingan pengguna jalan raya di laluan terbabit,” katanya kepada pemberita dalam majlis sambutan Maulidur Rasul di Kampung Kawang, di sini hari ini.

Rosnah berkata, terdapat tiga projek sedang dilaksanakan iaitu di jalan Sandakan-Lahad Datu-Tawau membabitkan peruntukan sebanyak RM19 juta manakala satu lagi pembaikan cerun di jalan Tawau- Merotai masih dalam proses perolehan.

Katanya, empat lagi projek sama masih dijalankan pada ketika ini iaitu di sepanjang jalan Kota Kinabalu -Penampang-Tambunan-Tenom dengan anggaran kos sebanyak RM26 juta.

Beliau menambah, pembaikan lapan cerun di jalan Kota Kinabalu-Tamparuli-Ranau-Telupid, tiga daripadanya telah siap sepenuhnya manakala empat lagi masih dijalankan dan sebuah lagi projek sama dijangka bermula dalam masa terdekat. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan