Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Pusat Lulus Tanah Untuk Pembesaran Pelabuhan Sepanggar

port

KOTA KINABALU : Kerajaan persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju kepada cadangan Sabah untuk memperuntukkan 242.8 hektar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (TPKK) untuk menyokong pembesaran Pelabuhan Sepanggar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, proses untuk memperbesarkan pelabuhan itu adalah pelan jangka panjang dan ia akan berdasarkan Pelan Malaysia Ke-11.

“Sepanggar adalah satu daripada pelabuhan terbesar Sabah dan ia memainkan peranan penting dalam menghubungkan pelabuhan lain.

“Kerja memperbesarkan pelabuhan akan dilaksana secara berperingkat-peringkat dan perancangan teliti adalah penting kerana ini akan merangkumi pembangunan infrastruktur dalam TPKK, di mana sehingga RM400 juta diperlukan,” katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Tan yang juga Menteri Pembangunan Perusahaan berkata, ini adalah pelan yang besar untuk Pelabuhan Sepanggar dan ia juga akan memanfaatkan TPKK kerana pelabur perlu membina gudang untuk menyimpan barangan mereka.

“Pelabur akan datang ke Sabah untuk mengeluarkan barangan dan kemudahan pelabuhan yang baik diperlukan untuk mengeksport barangan terbabit.

“Jika tidak ia akan menjadi sukar untuk menarik pelabur untuk menjalankan operasi mereka di Sabah,” katanya.

Cadangan untuk menukar Pelabuhan Sepanggar kepada hab pemunggahan adalah untuk membolehkan pelabur mengeluarkan barangan dan mengeksport produk, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan