Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Pusat diminta percepat proses bantuan kepada peladang

Salleh  (tengah) dan Nazri (dua kiri) ketika perasmian mesyuarat ke-37 PPK Beaufort. - foto Aryan De Vera
Salleh (tengah) dan Nazri (dua kiri) ketika perasmian mesyuarat ke-37 PPK Beaufort. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Kerajaan Pusat menerusi kementerian dan agensinya wajar mempercepatkan proses pelaksanaan pelbagai bantuan untuk membantu golongan peladang di Sabah.

Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Datuk Seri Salleh Said berkata, kerajaan telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi tujuan itu dan penyelarasan segera oleh pihak berkaitan adalah perlu.

“Ia untuk memastikan peruntukan besar yang disediakan itu sampai kepada golongan sasar khususnya golongan petani dan peladang di negeri ini. Justeru, penyelarasan dari segi penyaluran peruntukan penting agar ia mampu memenuhi matlamat dan objektif diharapkan, ” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-37 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPNS), Datuk Mohd. Nazri Abdullah dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Seri Dr. Raja Ahmad Zainuddin.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, beliau berharap kerajaan memikirkan mekanisme terbaik supaya pelaksanaan penyaluran bantuan itu dapat dikendalikan kementerian atau agensi di peringkat negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga meminta golongan peladang meningkatkan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi baru, termasuk membabitkan diri dalam pertanian organik.

Katanya, sektor pertanian menjanjikan pulangan lumayan, justeru para peladang tidak harus berasa rendah diri jika menceburi bidang ini sebagai kerjaya utama mereka khususnya bagi golongan belia. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan